Sunday 10 July 2011

Perdagangan-Tingkatan5-Bab4-Komunikasi

Bab 4
Komunikasi
Peranan Komunikasi
  1. mempercepatkan proses perdagangan
  2. melicinkan sistem urusan bank dan kewangan
  3. menyebarkan maklumat , berita dan pesanan
  4. mewujudkan dan memperluaskan pasaran
  5. mengurangkan kerugian dan kerosakan
  6. memudahkan kawalan dan pengurusan perniagaan
  7. memudahkan kegiatan promosi
Perkhidmatan Komunikasi
  1. Terdiri daripada empat jenis yang penting
-          Televisyen dan radio
-          Perkhidmatan pos
-          Perkhidmatan telemunikasi
-          Perkhidmatan kurier
  1. Televisyen dan radio
-          Menyampaikan berita dan maklumat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga kepada orang ramai
-          Mempunyai liputan pengaruh yang luas
-          Menarik perhatian orang ramai
-          Meluaskan pasaran
-          Menambah prestij barang dan perkhidmatan di pasaran
-          Perkhidmatannya termasuklah radio dan Televisyen Malaysia (RTM) , Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan ASTRO
  1. Perkhidmatan Pos
Termasuklah perkhidmatan mel , perkhidmatan kaunter , dan perkhidmatan lain .
a.   Perkhidmatan mel
-          Surat melibatkan perkhidmatan surat-menyurat dan paling popular kerana kos paling rendah
-          Poskad kiriman mesej tanpa menggunakan sampul surat dan memerlukan bayaran setem
-          Poslaju mengirimsurat , bungkusan , dokumen , dan sebagainya
-          Pos ekspres menghantarsurat , dokumen dan bungkusan yang diperlukan segera di tempat penerimaan
-          Mel berinsurans kiriman mel diberi perlindungan insurans dan sesuai untuk barang-barang bernilai
-          Aerogram mesej ditulis atas kertas mel yang khas dan dilipat sebelum diposkan
-          Perkhidmatan kad jawapan perniagaan menjimatkan masa dan peniaga dikenakan bayaran tertentu
-          Perkhidmatan pos bungkusan sesuai untuk mengirim barang yang tidak melebihi 10 kilogram
-          Peket kecil sesuai untuk menghantar sampel atau barang kecil yang tidak melebihi 1 kilogram dan tidak boleh diinsuranskan
-          Persuratan untuk orang buta kiriman mel secara percuma yang tidak melebihi 7 kilogram dan bungkusan atau mel mesti dilabelkan perkataan ’Persuratan untuk orang buta’


b.   Pekhidmatan kaunter
i ) Perkhidmatan jualan
-          Menjual barang-barang seperti setem , poskad , sampul surat hari pertama , buku setem , buku poskod , aerogram , dank upon jawapan antarabangsa
ii ) Perkhidmatan pembayaran
-          Termasulahlah wan pos dan kiriman wang
-          Wang pos
  • Tempoh laku selama 3 bulan dari tarikh dikeluarkan untuk wang pos Malaysia
  • Mengirim jumlah wang yang kecil ke negara-negara Komanwel dan Britian
-          Kiriman wang
  • Kiriman wang antarabangsa dikenakan komisen
  • Kiriman biasa domenstik untuk nilai maksimum yang berjumlah RM10 000
  • Kiriman wang ekspres melalui talian terus komputer secara mudah dan cepat
-          Perkhidmatan agensi

Jenis Agensi
Jenis Pekhidmatan
Tenaga Telekom Malaysia Bayaran bil telefon
Tenaga Nasional Berhad Bayaran bil elektrik
Amanah Saham Nasional Caruman pelaburan daripada pelanggan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) Mengeluarkan wang pencen kepada para pesara
Lemabaga Tabung Haji  Menerima tabungan untuk haju masa depan










c.   Perkhidmatan lain termasuklah :
-          Poste Restante
-          Peti surat persendirian
-          Bayar Waktu Terima
-          Khidmat beg berkunci
-          Tiket serahan tingkap
-          Perkhidmatan mesin franking
-          Perkhidmatan telegram

  1. Perkhidmatan telemunikasi
a.   Perkhidmatan lisan
-          Telefon
-          Panggilan tanpa tol
-          Videofon
-          Radio maritim
-          Sidang audio
-          Telefon bimbit
-          Telesok

b.   Perkhidmatan bercetak
-          Telegram cara pengiriman berita bertulis yang paling cepat dan dapat mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku jika berita dikiriman secara lisan
-          Teleks cara pengiriman berita dan maklumat melalui mesin yang dipanggil teleprinter
-          Telefaks merupakan salinan pendua yang menyerupai salinan asal dan perkhidmatan ini sesuai untuk enghantar salinan carta , grafik , gambar dokumen dan berita bertulis ke tempat yang lain
c.   Perkhidmatan audio visual
-          Internet merupakan perkhidmatan telekomunikasi yang muah , cepat dan canggih
-          Sidang video (Video Conferencing) membolehkan dua pihak yang berada di tempat yang jauh berhubun secara audio-visual
-          MAYPAC merupakan kemudahan komunikasi yang membolehkan data-data dihantar dan diterima antara terminal komputer
-          E-mel dapat menghantar dan menerima mesej menerusi talian rangkaian komputer
  1. Perkhidmatan Kurier
-          Merupakan [erkhidmatan penghantaran barang , dokumen ,dan mel dengan segera
-          Perkhidmatan serahan dari pintu ke pintu
-          Kelebihan perkhidmatan kurier ialah cepat , cekap , mudah , menjimatkan kerja penghantaran , keselamatan kiriman terjamin dan dapat memastikan kiriman sampai pada tangan penerima
-          Kekurangan pekhidmatan kurier ialah mahal , kegunaanya terhad dan tidak sesuai untuk penghantaran berat pukal dan besar
-          Contoh : PoslajuMalaysia, DHL Worldwide Express dan united Parcel Services (UPS)
Faktor-faktor pemilihan jenis Komunikasi

  1. kos terlibat
  2. jarak penghantaraan maklumat atau barang
  3. kesegaraan sesuatu maklumat atau barang diperlukan
  4. mudah didapati untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa
  5. jenis maklumat yang dikirim atau dihantar

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011