Sunday 10 July 2011

BAB 5 – Pengenalan Kepada Perakaunan Kos

  1. Kos pengeluaran dibahagi kepada 2 komponen iaitu kos tetap dan kos berubah.
  2. Kos tetap ialah kos yang tidak berubah mengikut nilai pengeluaran. Contoh : sewa kilang, gaji pengurus dan insurans kilang.
  3. Kos berubah ialah kos yang berubah-ubah mengikut nilai pengeluaran. Contoh : kos bahan mentah dan kos pekerja kilang.
  4. Dalam penyediaan Akaun Kos Pengeluaran, kos pengeluaran terdiri daripada gabungan kos bahan mentah, kos buruh langsung, belanja langsung, kos overhed dan kerja dalam proses.
  5. Kos buruh langsung ialah kos kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran. Contoh : operator mesin dan pekerja pembungkusan.
  6. Belanja langsung ialah kos yang melibatkan pembayaran seperti royalti, paten dan reka bentuk produk.
  7. Kos prima = Kos bahan mentah +Kos buruh langsung + belanja langsung
  8. Kos overhed ialah kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran. Contoh : Sewa kilang, gaji pengurus kilang dan susut nilai mesin.
  9. Kerja dalam proses ialah barangan yang belum siap diproses.
  10. JUMLAH KOS PENGELUARAN= Kos prima + kos overhed

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011