Sunday 10 July 2011

Perdagangan-Tingkatan4-Bab7-Pelaburan

Bab 7

Pelaburan
Pelaburan

  1. Pelaburan merupakan usaha mengangguhkan penggunaan pada masa sekarang untuk mengharapkan pulangan atau untung pada masa hadapan . Tujuan pelaburan ialah untuk :
  1. Mendapatkan pulangan dalam bentuk pendapatan semasa
  2. Menambahkan nilai keuntungan modal
2.   Perbezaan antara pelabur dan spekulator :
  1. Pelabur
-          Menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan diveden
-          Berhati-hati dalam pelaburan dengan mengumpulkan maklumat lanjut sebelum membeli saham sesebuah syarikat
-          Melabur untuk jangka masa panjang
-          Harga saham lebih kukuh
b.   Spekulator
-    menerima pulangan dalam bentuk perbezaan antara harga jualan
-    pelabur melabur atas ramalan harga dan khabar angina tentang
perubahan harga
-          melabur untuk tempoh masa pendek
-          menyebabkan harga saham turun naik

Jenis-jenis Pelaburan

1        Jenis-jenis pelaburan yang popular ialah
-          Akaun simpanan tetap
-          Saham
-          Harta tanah
-          Unit amanah
2        Akaun Simpanan tetap
-          Juga dikenali sebagai akaun pelaburan
-          Selamat
-          Risiko pelaburan rendah
-          Kadar faedah dibayar pada tarikh matang pelaburan
-          Sesuai untuk melabur jumlah wang yang tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu
3        Saham
-          terdiri daripada dua jenis , iaitu saham yang disenaraikan dan saham yang tidak disenaraikan
-          merupakan nilai keseluruhan syer yang telaha dibayar
-          ada dua jenis syer , iaitu
a.   Syer biasa
-    dibayar kadar dividen yang tidak tetap dan selepas
pembayaran kepada syer keutamaan
-    berhak untuk mengundi tetapi berisiko  tinggi
b.   Syer keutamaan yang termasuklah
-    Syer kumulatif
-    Syer penyertaan
-    Syer boleh tebus
-    Syer boleh tukar
4        Pulangan atas pelaburan saham bergantung pada
-          keuntungan modal
-          diveden atau pembahagian keuntungan tahunan
-          syer bonus atau syer tambahan secara percuma
5        Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur
-          memberikan maklumat saham yang terkini melalui media massa dan telekomunikasi .
-          membolehkan syer dipindah milik dan ditunaikan
-          membantu syarikat-syarikat umum berhad mengumpulkan modal tambahan
-          memastikan kewujudan harga syer yang realistik dan benar
-          melindungikepentingan pelabur
-          mengelakkan penipuan dan penyelewegan pelaburan
6        Faktor-faktor yang mempergaruhi harga saham
-          jumlah permintaan dan penawaran saham di pasaran
-          factor spekulasi
-          factor ekonomi
-          polisi kerajaan / politik
-          prospek dan pencapaian syarikat
-          kecekapan pentadbiran dan pengurusan
-          perubahan kadar bunga daripada simpanan di bank-bank perdangangan dan syarikat kewangan
-          peluang pelaburan yang lain
7        Cara membeli syer
-          pelabur / pembeli menghubungi broker
-          arahan untuk membeli syer yang diingini
-          broker mencari penjual di BSKL
-          menandatangi kontrak belian
-          pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit
-          proses pindah milik dikendalikan
-          pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur / pembeli
8        Cara menjual syer
-          penjual menghubungi broker
-          arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu
-          broker mencari pembeli di BSKL
-          menandatangi kontrak jualan dan boring pindah milik
-          menyerahkan sijil syer
-          mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut
9        Faedah membeli saham
-          peluang mencapai pertumbuhan modal
-          memperoleh pendapatan dalam bentuk dividen
-          kecairan pelaburan
-          berpeluang untuk memiliki hak tertentu
10    Unit Amanah merupakan jenis pelaburan untuk orang ramai oleh syarikat pelaburan yang professional .
-          tiga jenis pelaburan dalam unit amanah , iaitu amanah saham , amanah harta tanah dan gilts
-          pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang daripada pelaburan saham

Panduan Am untuk Melabur

1        Semasa melabur , pelabur masti mengambil kira faktor-faktor yang berikut :
-          risiko dalam pelaburan
-          pulangan daripada pelaburan modal
-          mudah tunai dan mudah dipecah bahagi , iaitu kecairan pelaburan
-          maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan
-          modal yang miliki
-          berpengetahuan , bersikap rasional , dan berhati-hati
2        Selain itu , pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti
-          melabur dalam bidang yang dikenali
-          jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain
-          dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa
-          jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelaburan
-          amalkan sikap sabar dan berhati-hati
-          tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011