Sunday 10 July 2011

Perdagangan-Tingkatan5-Bab2-Insurans

Bab 2
Insurans
Pengenalan kepada Insurans

  1. Insurans merupakan rancangan sosial yang memberi perlindungan kepada insured atau keluarganya terhadap terhadap pelbagal risiko .
  2. Perlindugan insurans ditawarkan kepada nyawa dan harta benda insured .
  3. Insurans merapakan rancangan pemusatan dan pembahagian risiko antara pihak insured yang menghadapi kerugian sekiranya berlaku risiko .
  4. Istilah-istilah insurans ialah
-          Insurer – Syarikat yang menawarkan perlindungan insurans
-          Insured – Pihak yang meminta dan menyertai rancangan insurans
-          Polisi insurans – Pejanjian insurans insurer dan insured
-          Ganti rugi – Bayaran yang diberi kepada insured apabila berlakunya risiko yang diinsuranskan
-          Primeum – Bayaran yang dibuat oleh insured untuk mendapat perlindungan insurans
  1. Terdapat dua jenis risiko iaitu :
-          Risiko yang boleh diinsuranskan merupakan risiko yang boleh diramalkan kekerapannya
-          Risiko yang tidak boleh diinsuranskan terdiri daripada risiko yang tidak dapat dikira kekerapan dan tidak dapat dikumpulkan secara perangkaan
  1. Peranan insurans kepada
  1. Individu
-          Memberi perlindungan terhadap risiko yang boleh diinsuranskan
-          Menjamin keadaan kehidupan warisan atau ahli-ahli keluarga seperti biasa jika insured kehilangan upaya untuk mencari rezeki
-          Merancang untuk masa depan sekiranya insured ditimpa ditimpa kemalangan
-          Memupuk tabiat jimat cermat
-          Menjaga seseorang dalam masa kecemasan
  1. Peniaga
-          Melindungi harta benda daripada risiko seperti kebakaran , kecurian , dan pecah amanah
-          Mendapat ganti rugi untuk memulihkan diri kepada keadaan asal
-          Menumpukan perhatian penuh ke atas hal-hal pengurusan dan pentadbiran perniagaan
  1. Negara
-          Mencipta peluang pekerjaan untuk menggurangkan kadar pengganguran
-          Meninggikan taraf  hidup
-          Meningkatkan pendapatan negara
-          Syarikat insurans menyalurkan sebahagian wang premium ke atas sektor ekonomi

Prinsip Insurans

  1. Kepentingan boleh diinsuranskan
-          Insured hanya boleh mendapatkan perlindungan insurans terhadap nyawa atau harta benda yang mempunyai hubungan terus dengannya
-          Insered dihalang dan tidak dibenarkan membeli insurans terhadap nyawa atau harta benda orang lain
  1. Penuh percaya mutlak
-          Semua maklumat yang diisikan dalam borang insurans mestilah benar dan tidak melibatkan sebarang penipuan
-          Syrikat insurans atau inserer mengenakan syarat-syarat yang wajib dipatuhi ke atas para insured
-          Insurer berjal membatalkan polisi insurans sekiranya didapati maklumat palsu
  1. Indemniti
-          Syarikat insurans membayar jumlah ganti tugi setakat untuk memulihkan keadaan asal sebelum berlakunya risiko
-          Tidak mengandungi unsur keuntungan
-          Bertujuan untuk membantu insered menghadapi kerugian
-          Ganti rugi dibayar dalam bentuk tunai , membaiki aset yang rosak dan menggantikan aset dengan barang yang sama
-          Indermniti tertakluk kepada tiga perkara yang asa iaitu , sumbangan , subrogasi dan doktrin sebab berhampiran

Jenis-jenis Insurans

  1. Insurans kemalangan termasuklah :
-          Insurans Tanggungan Majikan
-          Insurans Kemalangan Peribadi
-          Insurans Liabiliti Awam
-          Insurans Kereta Motor
  1. Insurans Kebakaran
  2. Insurans Nyawa
-          Insurans Endowmen
-          Insurans Hayat Sementara
-          Insurans Hayat Seumur Hidup
  1. Insurans Marin
  2. Insurans Lain
-          Insurans Kecurian
-          Insuran Kesihatan
-          Insurans Jaminan Setia
-          Insurans Pendidikan
-          Insurans Gadaian





Takaful

  1. Takaful merupakan perlindingan insurans yang ditawarkan kepada insured berdasarkan tafsiran syarak .
  2. Mengikut tafsiran syarak , takaful merujuk kepada membantu antara satu sama lain pada masa kecemasan
  3. Prinsip takaful tidak mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) , maisir (perjudian) , dan riba (faedah)
  4. Jenis-jenis takaful termasuklah :
-          Takaful keluarga
-          Takaful Am
  1. Perbandingan antara Insurans Konvensional dengan takaful
-          Persamaan :
  1. Merupakan rancangan pemusatan risiko antara insured yang menghadapi risiko
  2. Berdasarkan prinsip kepentingan boleh diinsuranskan , penuh percaya mutlak , dan indemniti .
-          Perbezaan :

-                                  Takaful Islam -                                  Insurans                Konvensional
-                                  Berasaskan hukum syarak , iaitu prinsip Medharabah dan prinsip lan yang telah diubahsuaikan . -                                  Berasakan tiga prinsip utama , iaitu kepentingan boleg diinsuranskan , penuh percaya mutlak , dan indermnti
-                                  Tiada unsur gharar , maisir dan riba -                                  Mengandungi unsur gharar , maisai dan riba




Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi

  1. Prosedur Membeli Polisi Insurans
-          Sebelum membeli polisi perlu menghubungi ejen syarikat insurans untuk membuat pertayaan tentang perkara-perkara seperti :
a)      Risiko yang hendak diinsuranskan
b)      Syarat-syarat perlindungan
c)      Tempoh perlindungan
d)     Nilai perlindungan
e)      Jumlah premium
-          Semasa membeli polisi
a)      Mengisi borang cadangan
b)      Mematuhi prinsip penuh percaya mutlak
c)      Menyertai salinan dokimen yang relevan  untuk dipertimbangkan
d)     Menbayarkan jumlah premium yang dipersetujui
-          Selepas membeli polisi
a)      Menerima resit bayaran premium
b)      Menerima nota lindungan yang berupa perlindungan serta-merta kepada insured
c)      Nota perlindungan untuk tempoh sementara sahaja
d)     Mendapat polisi insurans sebagai perlindungan terhadap risiko . Polisi itu diperlukan semasa menuntut ganti rugi
e)      Membayar jumlah premium dengan menepati masa untuk meneruskan tempoh perlindungan
  1. Prosedur Menuntut Ganti Rugi
-          Pihak insured
a)      Melaporkan kejadian kemalangan kepada pihak polis dan insurer
b)      Mengisi borang tuntutan dengan butir-nutir lengkap tentang perkara-perkara seperti masa dan tarikh berlakunya kemalangan , jumlah kerugian dan punca kejadian .
c)      Menyertai salinan dokumen sebagai bukti kejadian yang sah . Dokumen itu termasuklah laporan polis , polisi insurans dan lain-lain relevan
-          Pihak insurer
a)      Menjalankan siasatan ke atas kejadian risiko
b)      Penyiasatan kejadian risiko bedasarkan hal-hal seperti maklumat benar , tiada penipuan dan jumlah kerugian
c)      Meluluskan ganti rugi bedasarkan prinsip indermnti
-          Penimbang tara diperlukan sekiranya kedua pihak insured dan insurer tidak menyetujui jumlah ganti rugi . Keputusan penimbang tara adalah muktamad

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011