Sunday 10 July 2011

BAB1 – Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Struktur Organisasi Bengkel
  1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan berasaskan kerjasama guru dan murid.
  2. Pengurusan organisasi bengkel bertujuan untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa digunakan.
  3. Bengkel diketuai oleh formen dan penolong formen.
  4. Tugas formen ialah menyelaraskan tugas-tugas yang diberi oleh guru dan memastikan tugasan itu dijalankan oleh murid.
  5. Murid perlu menjalankan kerja amali berdasarkan konsep 4M – membersih,menyusun,menilai dan mendisiplin.
Langkah keselamatan
Peraturan keselamatan terbahagi kepada tiga :
1. Peraturan keselamatan bengkel
  • bengkel sentiasa bersih dan teratur
  • alatan dan suis berfungsi
  • mempunyai kotak kecemasan
  • melaporkan kemalangan dengan segera
  • semua suis dipadam sebelum meninggalkan bengkel
2. Peraturan keselamatan alatan
  • alat selamat digunakan
  • bersih dan simpan alatan di tempatnya
  • penggunaan alatan elektrik perlu meminta kebenaran guru
2. Peraturan keselamatan diri
  • memakai apron
  • memakai kasut bertutup dan bertapak getah
  • dilarang bergurau dan bermain
  • memakai gogal, sarung tangan, mask dan penutup telinga
Etika dan budaya kerja
1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja yang dilakukan
  • menepati waktu
  • amanah
  • bertanggungjawab
  • mematuhi perturan dan undang-undang

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011