Sunday 10 July 2011

Perdagangan -Tingkatan 5-Bab 3- Pengangkutan

Bab 3
Pengangkutan

Peranan Pengangkutan

  1. Pengangkutan merujuk kepada usaha untuk memindahkan barang atau orang dari satu tempat ke suatu tempat .
  2. Peranan pengangkutan :
-          Mengimbangi bekalan barang untuk membantu peniaga megangkut barang-barang dari tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang memerlukannya .
-          Mengurangkan kos penyimpanan stok kerana peniaga tidak mempunyai stok yang berlebihan dan peniaga kekurangan bekalan dapat diatasi dalam masa yang singkat .
-          Memperluaskan pasaran kerana barang-barang dapat diangkut ke merata tempat untuk dipasarkan dan barang-barang dapat diangkut ke tempat yang jauh
-          Membantu pengeluaran secara besar-besaran untuk barang-barang dipasarkan di merata-rata tempat dan ini dapat menambahkan jualan barang
-          Mengelakkan pembaziran untuk barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan , sayur-sayuran , dan buah-buahan dapt dipasarkan dengan segera . Ini mengelakan pembaziran .
-          Memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna , pengguna boleh membandingkan harga , sifat dan kuantiti barang dan meninggikan taraf hidup pengguna
-          Menggalakan aliran masuk modal melalui pelaburan asing dan pelancungan untuk aliran wan dalam masyarakat menjadi aktif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
-          Membantu penyebaran sains dan teknologi
-          Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
-          Memudahkan pergerakan tenaga buruh


Jenis Pengangkutan

1.    Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
-   Pengangkutan darat
-   Pengangkutan laut
-   Pengangkutan udara
-   Saluran paip

2.    Pengangkutan darat
-    Pengangkutan Jalanraya terdiri daripada pengangkutan;
haiwan             -   lembu, kuda
kenderaan        -   lori, van

Kelebihan   
-   Boleh serah barang dari pintu ke pintu
-   jimatkan masa
-   Kerja pemunggahan kurang
-   risiko barang rosak sedikit
-   Murah dan cepat  untuk jarak dekat
-   sesuai bawa barang diperlukan segera
-   Tiada jadual perjalanan
-   Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
-   Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan
-          Mahal dan lambat bagi jarak jauh
-          sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
-          Ruang muatan terhad
-          Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
-         Kospenyelenggaraan tinggi
-          Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  
Bidang tugasnya:
-          Daftar  kenderaan bermotor
-          Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
-          Uji dan keluarkan lesen memandu
-          Keluarkan permit sekolah memandu
-          Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
-          Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
-          Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
-          Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komers

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)
Bidang tugasnya:
-          Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
-          Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;
  • Lesen Pembawa A
-   benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
  • Lesen Pembawa C
-          hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
-          kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
Bidang tugasnya:
-          Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel  
-          contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan  
-          Murah dan cepat bagi jarak jauh
-          Ruang muatan lebih luas
-          Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
-          seperti  kayu balak , simen, pasir
-          Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
-          Masa bertolak dan tiba diketahui
-          mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
-         Adagerabak khas untuk bawa barang
Contoh:     gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
-          ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan
-          Mahal dan lambat bagi jarak dekat
-          Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
-          Banyak kerja pemunggahan
-          risiko barang rosak / hilang tinggi
-          Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
-         Kospenyelenggaraan tinggi
-          Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
-          tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 
-          Bidang tugasnya meliputi:
Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+            keretapi penumpang                à  keretapi mel, ekspres, komuter
+            keretapi barang / kargo            à  gerabak bertangki


3.    Pengankutan Laut

-          sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
-          terdiri daripada:
Perkapalan antarabangsa
-  belayar merentasi lautan besar
-  contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
Perkapalan dalam negeri
-  belayar sepanjang pantai
-  contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis kapal

Kapal kargo
-          kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang
-          belayar ikut  jalan dan jadual tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
-          terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
+   kapal kontena  à  khusus untuk membawa kontena
+   kapal tangki     à  khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia,                                                     gas asli cecair
+   kapal penyetoran sejuk  à  ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

Kapal kerentan (kapal tramp)
-          kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
-          boleh ditempah / sewa atau dicarter
-          tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
-          kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
-          boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
-          tambang boleh ditawar
Kapal penumpang
-          kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo
-          belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
-          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
-          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

Kapal pesisir pantai
-          digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
-          tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
-          contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang



Kelebihan pengangkutan laut

-          mudah dan selamat
-          ruang dan muatan yang luas
-          tidak menghadapi masalah kesesakan lalu lintas di laut
-          tidak memerluan kos penyelenggaraan
-          membantu perniagaan antarabangsa

Kekurangan pengangkutan laut

-          masa perjalanan yang lama
-          tiada penyerahan barang dari pintu ke pintu
-          melibatkan kerja pemunggah yang rumit


Kebaikan Pengangkutan Air

-          Boleh bawa muatan banyak
-          Tambang lebih murah
-          Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
-          Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
-          Tiada kesesakan lalu lintas
-         Kospenyelenggaraan sedikit
-          Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
-          Ada kemudahan kontenarisasi  -  cepatkan urusan kastam

Kekurangan Pengangkutan Air

-          Tiada serah pintu ke pintu
-          perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
-          Kerja pemunggahan yang banyak
-          meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
-          Perjalanan lambat  sampai
-          Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)

Peranannya;
-          Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
-          Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa  bagi menghantar kargo
-          Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
-          Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut
Peranannya:
-          Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
-          Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
-          Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
-          Selenggarakan pelabuhan
-          Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan
contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
Peranannya;
-          kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
-          sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
-          sediakan  dermaga dan tongkang
-          sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
-          sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
-          sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
-          sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
-          keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar di sekitar pelabuhan

4.    Pengangkutan udara

Terbahagi kepada dua iaitu;
-          kapal terbang
-          helicopter
      Kekurangan
-          Tambang mahal
-          Saiz dan berat kargo dihadkan
-          Tiada serahan pintu ke pintu
-          perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
-          tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
-          Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
-          Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
-         Kospenyelenggaraan tinggi

Kebaikan   
-          Sesuai bawa barang mahal dan ringan
-          kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
-          contoh:  ekspot berlian dan emas
-          Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
-          yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
-          contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera
-          Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
-          untuk menjamin agar barang segar dan baik
-          contoh:  bunga dan buah-buahan
-          Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
-          Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
-          risiko kecurian kurang
-          oleh itu kos insurans lebih rendah
-         Kospergudangan rendah sebab barang segera dihantar
-          Ada kemudahan kontenarisasi  -  mencepatkan urusan kastam

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
-          Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
-          Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
-          Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Peranannya;
-          Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
-          Sediakan perkhidmatan trafik udara
-          Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
-          Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
-          Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
-          Sediakan pembangunan lapangan erbang
-          Sediakan khidmat kecemasan

5.   Saluran Paip

-          cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli  dan gas memasak melalui batang paip

Kebaikan   
-          Barang selamat daripada risiko kecurian
-          Barang segera sampai
-          Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
-          Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan
-          Kos pemasangan saluran paip tinggi
-          Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
-          Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
-          Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
-          Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan  Singapura
-          Peranan / objektif:
-          cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
-          pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
-          galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
-          menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia



Pengkontenaan

  1. Pengkontenaan
-          Bermaksud mengangkut barang-barang di dalam peti khas yang piawai
-          Boleh dikunci dan dipatreri
-       Kebaikan guna kontena:
-          Jimatkan masa
-          kerja pemunggahan cepat
-          barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
-          Jimatkan tenaga buruh
-          kurang kerja pemunggahan
-          barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
-          Kurangkan barang rosak / selamat
-          terhindar daripada kesan cuaca
-          Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
-          Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
-          kerana pengangkutan sepadu
-          Memudahkan hal dokumentasi
-          Boleh guna sistem pengangkutan TIR
-          kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara
-          Kekurangan  guna kontena:
-         Kosbina kontena tinggi
-          Perlukan peralatan khas seperti kren
-          Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
-          Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

  1. Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR)
-          Memudahkan pengangkutan muatan dengan kontena tanpa sebarang pemeriksaan kastam di negara-negara perantaraan
-          Prosedur TIR adalah seperti berikut :
-          Menyenaraikan kandungan kontena dalam borang
-          Mendapatkan pengesahan pihak kastam
-          Mempaterikan kontena
-          Mengangkutan kontena hanya dijalankan di negara pengimport
-          Mengenakan cukai import oleh negara pengimport



Pemilihan Jenis Pengangkutan

  1. Peniaga memilih jenis pengangkutan yang sesuai untuk mengangkut barang-barang niaganya .
  2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan ialah
    1. Jarak
-          Bagi jarak dekat , pengangkutan jalan raya adalah sesuai kerana cepat dan murah
-          Kapal , kapal terbang dan kereta api sesuai digunakan bagi jarak jauh
  1. Jenis barang
-          Barang-barang getas seperti kaca , apabila dibungkus dengan baik boleh diangkut dengan kereta api , kapal terbang dan kapal .
-          Kereta api dan kapal sesuai untuk mengangkut barang0barang pukal seperti sayur-sayuran dan daging sesuai diangkut dengan van , lori dan kapal terbang
-          Kereta api kontena dan kapal kontena sesuai untuk mengankut barang-barang yang boleh dimasukkan ke dalam kontena
  1. Kuantiti , saiz dan berat
-          Barang-barang berat dan pukal yang sedikit boleh diangkut dengan lori
-          Barang-barang berat dan pukal yang banyak lebih sesuai diangkut dengan kereta api dan kapal
  1. Kecepatan
-          Barang-barang yang perlu dihantar dengan segera diangkut dengan kapal terbang
  1. Risiko kerosakan
-          Barang-barang yang getas dan mudah rosak seperti kaca dan pinggan mangkuk sesuai diangkut dengan lori supaya dapat menggelak kerja-kerja pemunggahan yang kerap
-          Barang-barang yang mudah busuk seperti buah-buahan , daging dan ikan sesuai diangkut dengan lori kontena yang mempunyai kemudahan dingin beku
  1. Nilai
-          Barang-barang bernilai seperti emas dan berlian memerlukan kawalan keselamatan yang ketat harus diangkut dengan kapal terbang
  1. Keselesaan
-          Kapal terbang adalah pantas dan tidak meletihkan
-          Kapal terbang sesuai untuk peniaga yang berulang-alik dari satu tempat ke tempat lain yang jauh
  1. Kemudahan
-          Jenis pengangkutan yang memudahkan kerja-kerja pemunggah , penghantaran dan penyerahan seharusnya dipilih . Ini dapat menjimatkan kos dan masa
  1. Kos
-          Kos pengangkutan yang tinggi akan mengurangkan keuntungan peniaga
-          Pengangkutan udara yang mahal tidak sesuai digunakan untuk sesetengah barangan walaupun barangan berkenaan perlu dihantar dengan segera

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011