Bab 2
Unsur Perdangangan
Perdangangan 1 Perdagangan dapat didefinisikan sebagai segala kegiatan yang berkaitan dengan pembelian , penjualan , dan pengagihan barangan dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir pada masa , tempat , kuantiti , dan harga tertentu . Kegiatan perdangangan ini dapat memuaskan keperluan dan kehendak pengguna .
2 Perdangangan terdiri daripada dua bidang iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan . Rajah berikut dapat merumuskan perdagangan dan bidang-bidangnya .
Perniagaan
1 Perniagaan melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan .
2 Perniagaan dapat digolongkan kepada dua :
1 Perniagaan dalam negeri
2 Perniagaan luar negeri
Bantuan Perniagaan
Bantuan-bantuan perniagaan ini terdiri daripada perkhidmatan , bank , pengangkutan , komunikasi , insyurans , promosi , dan pergudangan .
Perkhidmatan Bank
1 Menyediakan pelbagai urusan peyimpanan , pembayaran dan penerimaan wang secara kancar , selamat , dan cepat .
2 Bank juga menyediakan pelbagai jenis pembiayaan kewangan kepda peniaga yang memerlukan wang tunai ataupun mengalami kekurangan modal .
Perkhidmatan Insyuran
1 Insyuran da[at memberikan perlingdungan kepada peniaga terhadap pelbagai risiko yang boleh merugikan peniaga ialah risiko harian yang dihadapi oleh peniaga ialah risiko kecurian , kebakaran , kemalangan , dan pecah amanah .
2 Peniaga mendapat ganti rugi sekiranya risiko itu telah berlaku
Promosi
Promosi membantu peniaga dengan pelbagai cara seperti yang berikut :
- Memperkenalkan keluaran dan perkhidmatan baru kepada pengguna
- Promosi yang berulangan dapat mengigatkan pengguna tentang barang-barang lama di pasaran . Dengan ini , promosi dapat mengekalkan permintaan terhadap sesuatu barangan
- Mempengaruhi pengguna supaya setia kepada jenama tertentu .
1 Pergudangan membantu pengeluaran yang menghasilkan barangan lebih awal daripada permintaan . Dengan menyimpan barang lebihan dalam gudang , barangan dapat dipasarkan secara beransur-ansur mengikut permintaan .
2 Selain dapat menyimpan barang dengan selamat , pergudangan dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran dan seterusnya menstabilkan harga barang .
Pergangkutan
1 Pergangkutan melibatkan pemindahan barang-barang lebihan dari pengeluar ke tempat-tempat yang memerlukan barang tersebut .
2 Pergangkutan yang cekan dan berkesan dapat mempercepatkan proses perniagaan dan juga memperluaskan pasaran .
Kaitan antara Pengeluar , Perdagangan , dan Perniagaan
- 1. Pengeluaran perdangangan dan perniagaan mempunyai hubungan rapat kerana fungsinya bergantung antara satu sama lain .
- 2. Pengeluaran ialah proses penciptaan nilai faedah melalui penghasilan barang dan perkhidmatan .
- 3. Perdagangan merupakan sebahagian daripada proses pengeluaran . Perdangangan bertangungjawab mengagih dan memindahkan barang dan perkhidmatan sehingga kepada pengguna akhir .
- 4. Penguna dapat memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan yang diingini melalui urus niaga . Urus niaga ini disebut sebagai perniagaan .
- 5. Perniagaan ialah salah satu cabang daripada proses perdangangan . Melalui aktiviti menjual dan membeli , pengguna dapat menikmati kepuasaan .
- 6. Kaitan antara pengeluaran , perdangangan , dan perniagaan membawa kepada perkembangan sektor-sektor ekonomi dalam masyarakat .
0 comments:
Post a Comment