Sunday, 10 July 2011

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab31-33)

Bab 31:  Atas Nama Cinta
Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah kerana  dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.
Bab 32: Bahagia Bersulam Air Mata 
 Soleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di sana. Benny telah insaf  dan mengakui bahawa dia telah tersilap memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai atas pertolongan sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai dugaan di lautan. Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi . Dua hari kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.
Bab 33: Janji Pada Tanah Ini
Zain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia.Soleh dan Datuk Azhar  bersama-sama telah mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta saat-saat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat di hatinya.  Faridah bersyukur berbaur sebak kerana akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Nota Tuisyen Tatapan Minda Copyright © 2011